Sunday 9 September 2012

HURAIAN BERKAITAN ASPEK-ASPEK DI DALAM SISTEM BAHASA DI DALAM KANDUNGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU


 

HURAIAN BERKAITAN ASPEK-ASPEK DI DALAM SISTEM BAHASA DI DALAM KANDUNGAN KURIKULUM  BAHASA MELAYU  


  Struktur Kata

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

 i.   Kata Asli Bahasa Melayu
 Ii. Kata Pinjaman Bahasa Melayu

Bentuk Kata

b. Bentuk kata

 i. Kata Tunggal
Ii. Kata Terbitan
Iii. Kata Majmuk
Iv. Kata Ganda

Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan Bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.



Golongan Kata

c. Golongan kata

 i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Adjektif
 iv. Kata Tugas

Sintaksis

 Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukumatau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunanperkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta
    pembahagian subjek dan predikat,

b. jenis ayat, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, dan Ayat Seruan,

c. ragam ayat, iaitu Ayat Aktif dan Ayat Pasif,

d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang

e. binaan dan proses penerbitan ayat:

i. Ayat Dasar
Ii. Ayat Tunggal
Iii. Ayat Terbitan atau Ayat Majmuk, dan

f. aspek tanda baca


2.0 Sistem Ejaan

 i. pola keselarasan huruf vokal
ii. ejaan kata pinjaman
iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan


 3.0 Sebutan dan Intonasi

 Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu maknadengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan Bahasa Melayu baku.


i. Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan Bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan Bahasa Melayu baku.

ii. Intonasi

Intonasi ayat Bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

a. Jenis ayat 

b. Susunan ayat

 c. Ragam ayat

i. Ayat Penyata
ii. Ayat Tanya
iii. Ayat Seruan
iv. Ayat Perintah
v.  Ayat Biasa
vi. Ayat Songsang
vii. Ayat Aktif
 viii.  Ayat Pasif 


4.0 Kosa kata

            Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa

            Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment