Friday 7 September 2012

JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU SEPERTI SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN DAN PEPATAH



 

JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU  SEPERTI  SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN DAN PEPATAH

A)  SIMPULAN BAHASA
-ungkapan yang terdiri daripada dua ataupun tiga perkataaan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan itu.

a) Ala kadar
Maksudnya : seada-ada sahaja
Ayat : Walaupun majlis Hari Jadi Halimah disambut dengan ala kadar,dia amat berterima kasih kepada keluarganya kerana meraikan majlisnya itu.

b) Buah fikiran
Maksudnya : pendapat
Ayat : Penduduk Kampung Mak Chili mengadakan mesyuarat sebelum mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk mendapatkan buah fikiran menjalankan aktiviti-aktiviti pada hari tersebut

c) Besar hati
Maksudnya : sombong atau gembira
Ayat : Puan Salimah menyambut kedatangan kedua-dua orang tuanya dengan besar hati.

d) Bangkai bernyawa
Maksudnya : orang yang tidak berguna
Ayat : Ah Chong kelihatan seperti bangkai bernyawa kerana menghisap dadah.

e) Hati terbuka
Maksudnya : senang hati
Ayat : Salmi menerima keputusan peperiksaan UPSR dengan hati terbuka kerana hasratnya untuk mencapai 5A sudah berhasil.

f) Kera sumbang
Maksudnya : orang yang tidak mencampuri orang lain
Ayat : Keluarga Pak Leman disisih masyarakat kampung kerana sikap mereka yang kera sumbang.

g) Lupa diri
Maksud : tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat atau keadaan dirinya
yang sebelum itu lebih susah
Ayat : Walaupun kita berjawatan besar, kita tidak harus lupa diri.

h) Lupa daratan
Maksudnya : berkelakuan yang bukan-bukan
Ayat : Semenjak bekerja di kota, Raju sudah mula lupa daratan.

i) Menara gading
Maksudnya : kedudukan yang tinggi yang terpencil daripada orang ramai.
Ayat : Ayah berasa bangga kerana anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

i) Sebatang kara
Maksudnya : seorang diri ( tidak ada saudara-mara )
Ayat : Aliyah hidup sebatang kara semenjak kematian ibu bapanya pada tahun lepas.

j) Tenggelam punca
Maksudnya : menjadi bingung
Ayat : Puan Salbiah kelihatan tenggelam punca untuk menyara keluarganya setelah kematian suaminya bulan lepas.

k) Tulang belakang
Maksudnya : kekuatan, yang membantu
Ayat : Sokongan moral rakyat Malaysia menjadi tulang belakang kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.

B)  PERUMPAMAAN
-perbandingan makna yang jelas kerana ia didahului oleh perkataan bagai, bak, macam,seolah-olah, seperti dan umpama. Istilah Inggeris bagi perumpamaan ialah simile. Perumpamaan menerangkan penilaian kita ke atas sesuatu.Penilaian itu ialah emosi yang kuat.

a) Bagai kertas dengan dakwat
Maksud : tidak dapat dipisahkan, secocok, hubungan erat
Ayat : Persahabatan Saliya dan Aishah bagai kertas dengan dakwat kerana mereka 
berkawan semenjak pra-sekolah lagi.


b) Bagaikan telur di hujung tanduk
Maksud : kedudukan tidak tetap atau terjamin
Ayat : Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan Syarikat Batik milik Sabri 
bagaikan telur di hujung tanduk.

c) Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya
Maksud : seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya
Ayat : Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama seperti  ibunya,sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan.

d) Seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
Maksud : hanya mementingkan diri sendiri.
Ayat : Anak-anak Pak Hussin seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sanggup membiarkan ayahnya tinggal bersendirian.

e) Seperti rumput di tepi jalan
Maksud : kehidupan melarat, orang yang tidak berguna kepada masyarakat
Ayat : Kehidupan penagih dadah itu seperti rumput di tepi jalan, tidak dipedulikan oleh keluarga dan masyarakat.

f) Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud : orang yang memyembunyikan kehebatannya
Ayat : Zailani bersikap seperti harimau menyembunyikan kukunya,walhal dia sangat hebat bermain bola sepak.

h) Seperti cincin dengan permata
Maksud : secocok, sama padan
Ayat : Suami isteri itu seperti cincin dengan permata sangat secocok.

h) Seperti rusa masuk kampung
Maksud: berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru
Ayat : Pada hari pertama persekolahan, Aiman belajar di Tahun Satu, dia
seperti rusa masuk kampung.

C)  PEPATAH
-atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam.Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisonal Melayu.

a) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Maksud : kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
Ayat : Kejayaan mengadakan aktiviti gotong-royong di Kampung Gong Limau
kerana penduduknya yang bekerjasama ,bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat mendapat pujian ketua kampung.

No comments:

Post a Comment