Pengenalan
Sistem Bahasa merupakan salah satu
komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,
sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Tatabahasa
Salah satu bukti kemahiran berbahasa
seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan
sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang
tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara
terancang dan bersesuaian dengan konteks pembelajaran sejak murid berada di
sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah
rendah menitikberatkan aspek penggunaan.
Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 – 12), iaitu
mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan
menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan
penulisan,
menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;
(c)
menggunakan frasa yang betul;
(d)
membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan
(e)
membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.
Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis.
(a) Morfologi
Secara mudah, aspek morfologi ialah
berkenaan kajian tentang perkataan dan pembentukannya. Secara khusus, Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata. Tiga aspek
itu diajar sejak sekolah rendah lagi.
Struktur kata ialah susun atur bentuk
bunyi sesuatu perkataan apabila diujarkan. Ia juga merangkumi aspek susunan
lambang-lambang huruf (tulisan) sehingga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa
atau perkataan yang bermakna. Maksud bermakna dalam konteks ini ialah bagaimana
membunyikan setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi
yang betul, atau susunan huruf yang betul apabila dibunyikan dan ada makna.
Contohnya, huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata.
(a)
Huruf Vokal Bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u]
(b)
Huruf Konsonan Bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l],
[m], [n], [p], [q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z].
Terdapat dua pola suku kata bahasa
Melayu. Pertama, pola suku kata asli bahasa Melayu, dan kedua, pola suku kata
pinjaman bahasa Melayu. Setiap suku kata terdiri, sama ada, KV, VK, KVK, VKV,
VKVK, KKVK dan sebagainya. Manakala, yang dikatakan bentuk kata pula
ialah rupa unit tatabahasa (perkataan / gabungan huruf) yang bermakna. Bentuk
kata boleh terdiri daripada;
(a)
kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna);
(b)
kata terbitan (kata telah menerima imbuhan);
(c)
kata ganda (kata tunggal yang digandakan); dan
(d) d
kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tungga yang membentuk
satu makna).
Kata terbitan ialah kata tunggal yang
menerima imbuhan bagi menghasilkan perkataan lain. Makna kata terbitan adalah berbeza
dengan makna kata tunggal. Dalam ilmu bahasa, penerimaan imbuhan itu dipanggil
proses pembentukan kata. Ada tiga cara proses pembentukan kata dalam bahasa
Melayu. Pertama, pengimbuhan, iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan
menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan.
(i)
Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-,
ter-, pe-, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-, maha-, tata-,
pra-, pro-, dan anti-.
Kata tunggal + imbuhan awalan =
kata terbitan
(
Lari
+
pe-
= pelari )
(ii)
Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan –nita.
Kata tunggal + imbuhan akhiran
= kata terbitan
(
Lari
+
-an
= larian )
(iii)
Imbuhan apitan : me- ... –kan, mem- ... –kan, men- ... –kan, meng- ... –kan,
menge- ... –kan, me- ... –i, mem- ... –i, men- ... –i, meng- ... –i, ke-
... –an, pe- ... –an, pem- ... –an, pen- ... –an, peng- ... –an, penge- ...
–an, per- ... –an, pel- ... –an, di-- ... –kan, dan di- ... –i.
Kata tunggal +
imbuhan apitan = kata terbitan
( Lari
+ pe- ...
–an
= pelarian )
Kedua, kata tunggal menerima pengandaan
dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan.
Formulanya;
Kata tunggal +
pengandaan = kata terbitan
( Orang
+
orang
= orang-orang )
Ketiga, kata tunggal menerima kata
tunggal dan menghasilkan kata majmuk yang dipanggil sebagai kata terbitan, atau
istilah atau metafora. Ia terdiri daripada beberapa kata tunggal, sama ada kata
tunggal itu telah menerima imbuhan atau belum. Formulanya;
Kata tunggal
+ kata tunggal = kata
majmuk
( Segi
+
empat =
segi empat )
(
Merah
+
hati
= merah hati )
Golongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan berkenaan.
Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu;
- kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu);
- kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);
- kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan
- kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu).
Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri
daripada;
(i)
kata hubung
(ii)
kata seru
(iii)
kata tanya
(iv)
kata perintah
(v)
kata pangkal ayat
(vi)
kata bantu
(vii)
kata penguat
(viii)
kata penegas
(ix)
kata nafi
(x)
kata pemeri
(xi)
kata sendi
(xii)
kata pembenar
(xiii)
kata bilangan, dan
(xiv)
kata arah.
(b) Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur dan pembentukan ayat. Berbeza dengan morfologi yang
mengkaji bentuk perkataan, sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata
yang membina ayat atau terhasilnya ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah;
(a)
komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai
kata,
frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;
(b)
jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan;
(c)
ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d)
susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;
(e)
binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat
majmuk;
(f )
proses penerbitan ayat, iaitu
konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses
penyusunan semula, proses peluasan; dan
(g)
aspek tanda baca dalam ayat.
Sistem
Ejaan
Perkataan yang diberikan penekanan
ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan
kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri
daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat,
kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel dan kata
ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan
betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.
Sebutan
dan Intonasi
Tekanan nada ketika membunyikan huruf
atau perkataan (sebutan) dan intonasi nada adalah mempunyai maksud atau makna
berlainan. Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan
huruf atau perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan cara yang betul.
Kemahiran yang diperlukan ialah membezakan bunyi huruf atau suku kata dan
tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya murid dapat menyampaikan maksud
dengan tepat. Pengajaran sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala,
pengajaran intonasi ayat hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan
jenis-jenis ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga
hendaklah diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
Sebaik-baiknya, guru hendaklah memulakan pengajaran menggunakan ayat tuggal
mudah.
Kosa
Kata
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
(2003) menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata umum dan
kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Setiap bidang ilmu mempunyai
kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnya. Murid hendaklah diajar mengenali
dan membezakan istilah khusus setiap bidang ilmu. Misalnya, istilah ‘subjek’
ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud dengan istilah ‘subjek’ yang
merujuk nama-nama mata pelajaran. Demikian istilah ‘segi empat tepat’ hanya
terdapat dalam Matematik atau Sains. Istilah itu tidak terdapat dalam bidang
ilmu Sejarah atau Geografi. Guru hendaklah selalu mendedahkan kosa kata kepada
pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah dan pelbagai. Galakkan murid
menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan.
Salah satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna
berlawanan, atau menjawab teka silang kata.
Peribahasa
Yang dimaksudkan dengan peribahasa
ialah rangkai kata yang mempunyai yang mempunyai makna tertentu. Peribahasa
merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan
kata-kata hikmah. Pengajaran peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah,
keperibadian, dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Galakkan murid
menggunakan peribahasa dalam karangan-karangan yang mereka hasil. Tujuannya,
ialah agar karangan tersebut lebih bertenaga, bervariasi dan menarik dibaca.
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan didapati
bahawa Sistem Bahasa turut berperanan menambahkan kemahiran berbahasa murid-murid.
Walaupun dalam setiap sesi pengajaran mempunyai objektif tertentu yang hendak
dicapai, namun guru tidak boleh mengabaikan aspek bahasa kerana kebolehan murid
berbahasa dengan baik akan mempengaruhi kejayaan objektif pengajaran guru. Sebaik
manapun objektif, jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan
menggunakan bahasa yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap gagal.
Justeru, guru hendaklah memberi tumpuan terhadap aspek berbahasa murid. Malah,
keberkesanan pengajaran guru dan kejayaan murid dalam pembelajarannya adalah
bergantung kepada kemampuan guru dan murid menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan.
Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995.
Sukatan Pelajaran
Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Maniyamin bin Haji Ibrahim dan Ahmad
Rasol bin Ariffin, 2007. Analisis
Kesilapan Ejaan
Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes. Bukit Mertajam: Jabatan Pengajian
Melayu, Institut Perguruan Tuanku Bainun.
No comments:
Post a Comment